Thursday 21 November 2013

Ahmad Ammar, Pemergiannya Membuka Mata Hati

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Ara doakan awak semua diberi kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah SWT. Andai kata kita sakit jangan mengeluh ok sahabat-sahabat semua. Kalau sihat itu datang dari Allah, jangan pula kita lupa yang sakit pun datang dari Allah juga :)

Di sini Ara nak kongsikan kisah mengenai Ahmad Ammar Ahmad Azam. Sejak dari pagi tadi lagi Ara sibuk membaca segala artikel dalam blog-blog dan juga facebook mengenai arwah Ahmad Ammar. Ahmad Ammar, satu jasad yang tak pernah Ara kenali, tapi pemergiannya membuka mata hati, semangatnya tersemat dalam diri.


Entah kenapa, hati ni sebak bila membaca kisah beliau. Ara tersentuh dengan kisah hidup dia. Kisah yang berjaya membangunkan diri dari mimpi yang lena. Mesti ramai yang dah tahu, yang dah membaca tentang Ahmad Ammar kan? Seawal 20 tahun dia sudah banyak berbakti. Seawal 20 tahun banyak yang telah dia lakukan demi agama.

Sedangkan diri ini, ya sudah pun mencecah 20 tahun. Sama seperti Ammar. Cuma pengalaman dan ketabahan tidak sama seperti yang Ammar miliki. Ara kagum, bagaimana Ammar menjadi seorang anak yang menghormati ibu bapa, seorang pelajar yang cemerlang, seorang sahabat yang terbaik untuk sahabat-sahabatnya dan seorang pemuda yang penuh iman di dada.

Kagum!

Sedangkan Ara sendiri sekali sekala masih membantah kata kedua orang tua. Masih bertungkus-lumus dalam mendapat dan menjadi yang terbaik sewaktu di universiti. Masih ada sifat tak elok apabila berdepan dengan sahabat-sahabat Ara sendiri. Dan yang pasti, masih belum kuat dan penuh iman di hati. Entahlah. Tak dinafikan, tak ada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan. Tapi pemergian Ammar benar-benar mengetuk pintu kesedaran dalam diri.

Ara tak kata saudara Ammar tak pernah melakukan kesilapan. Ara cuma mengagumi sifat-sifat arwah Ammar sahaja. Tahniah kepada kedua ibu bapa Ammar kerana memiliki anak sehebat Ammar. Di usia muda dia telah banyak berbakti, dan di usia muda juga dia kembali.


Ara harap kisah hidup Ammar menginspirasikan semua seperti mana kisahnya menginspirasikan hidup Ara. Maaf andainya Ara meletakkan gambar-gambar arwah Ammar tanpa izin dari keluarga Ammar sendiri. Entahlah. Rasa ingin berkongsi coretan tentang Ammar membuatkan Ara sanggup menulis lagi. Ya, dah terlalu lama blog ini menyepi :)

Sebelum pen kehabisan dakwat, Ara nak ucapkan takziah buat keluarga dan sahabat handai saudara Ahmad Ammar Ahmad Azam. Semoga kalian tabah dalam mengharungi ujian dari-Nya. Dan semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.


- AL-FATIHAH -

No comments: