Wednesday 20 August 2014

LaSista Shoppe

Assalamualaikum bloggers and readers yang disayangi. Mohon ampun dan maaf sangat sangat sebab dah lama tak posting kat sini. Both of us (Ara & Eyra) memang sangat sangat sibuk dengan kerja masing masing.

For your information, kami sekarang dah pun mulakan business on9 kami sendiri dan InsyaAllah suatu hari nanti business kami akan lebih maju dan berkembang. Mohon doa dari kawan kawan semua ya!

Ya by the way, next time kami akan bagitau produk yang kami jual di sini. Ya di sini lah! Apa apa pun sekarang kami cuma fokus dekat Instagram jeeeee! 😄😄

So nak follow tak? Jomlah support kawan kawan macam kami yang masih baru dalam dunia ni. Meh follow meh!!



Jangan risau semua baju dan tudung yang kami jual harga memang murah dan affordable. Follow lah ye untuk update yang cepat dan pantas!

Okay baiklah, Ara terpaksa undur diri dulu sebab masih banyak kerja yang tak siap lagi ni. Just stay tune for next entry ya. Ara tak janji akan update cepat Kat sini but I'll try my best.










posted from Bloggeroid

Thursday 21 November 2013

Ahmad Ammar, Pemergiannya Membuka Mata Hati

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Ara doakan awak semua diberi kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah SWT. Andai kata kita sakit jangan mengeluh ok sahabat-sahabat semua. Kalau sihat itu datang dari Allah, jangan pula kita lupa yang sakit pun datang dari Allah juga :)

Di sini Ara nak kongsikan kisah mengenai Ahmad Ammar Ahmad Azam. Sejak dari pagi tadi lagi Ara sibuk membaca segala artikel dalam blog-blog dan juga facebook mengenai arwah Ahmad Ammar. Ahmad Ammar, satu jasad yang tak pernah Ara kenali, tapi pemergiannya membuka mata hati, semangatnya tersemat dalam diri.


Entah kenapa, hati ni sebak bila membaca kisah beliau. Ara tersentuh dengan kisah hidup dia. Kisah yang berjaya membangunkan diri dari mimpi yang lena. Mesti ramai yang dah tahu, yang dah membaca tentang Ahmad Ammar kan? Seawal 20 tahun dia sudah banyak berbakti. Seawal 20 tahun banyak yang telah dia lakukan demi agama.

Sedangkan diri ini, ya sudah pun mencecah 20 tahun. Sama seperti Ammar. Cuma pengalaman dan ketabahan tidak sama seperti yang Ammar miliki. Ara kagum, bagaimana Ammar menjadi seorang anak yang menghormati ibu bapa, seorang pelajar yang cemerlang, seorang sahabat yang terbaik untuk sahabat-sahabatnya dan seorang pemuda yang penuh iman di dada.

Kagum!

Sedangkan Ara sendiri sekali sekala masih membantah kata kedua orang tua. Masih bertungkus-lumus dalam mendapat dan menjadi yang terbaik sewaktu di universiti. Masih ada sifat tak elok apabila berdepan dengan sahabat-sahabat Ara sendiri. Dan yang pasti, masih belum kuat dan penuh iman di hati. Entahlah. Tak dinafikan, tak ada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan. Tapi pemergian Ammar benar-benar mengetuk pintu kesedaran dalam diri.

Ara tak kata saudara Ammar tak pernah melakukan kesilapan. Ara cuma mengagumi sifat-sifat arwah Ammar sahaja. Tahniah kepada kedua ibu bapa Ammar kerana memiliki anak sehebat Ammar. Di usia muda dia telah banyak berbakti, dan di usia muda juga dia kembali.


Ara harap kisah hidup Ammar menginspirasikan semua seperti mana kisahnya menginspirasikan hidup Ara. Maaf andainya Ara meletakkan gambar-gambar arwah Ammar tanpa izin dari keluarga Ammar sendiri. Entahlah. Rasa ingin berkongsi coretan tentang Ammar membuatkan Ara sanggup menulis lagi. Ya, dah terlalu lama blog ini menyepi :)

Sebelum pen kehabisan dakwat, Ara nak ucapkan takziah buat keluarga dan sahabat handai saudara Ahmad Ammar Ahmad Azam. Semoga kalian tabah dalam mengharungi ujian dari-Nya. Dan semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.


- AL-FATIHAH -

Friday 5 April 2013

Freebies | Shoutbox Hide Button [Doodles]

Assalamualaikum .

Lama kan Ara menyepi dari blog ? Haha . 
Exam belum habis lagi but Ara dah rindu tahap gaban dengan blog ni .
Esok ada paper Management , doakan Ara okey ?

So here's some freebies untuk korang .
Kali ni Ara buat shoutbox hide button pulak .
Ada 10 jenis okey ! suka tak suka tak ?

Tak tau apa tu shoutbox hide button ?
Cuba korang pandang atas belah kanan blog ni .
Ada satu button comel kat tepi and kalau korang klik button tu muncul lah shoutbox :))
Dah tekan tu jangan lupe tinggalkan jejak sekali okay !


Matahari & Pelangi

Assalamualaikum .

Entry khas untuk Eyra

Stress lah ! Kenapa lah segala apa yang kita plan tak menjadi eh .
Kenapa ada je halangan ?
Kenapa Allah tak bagi plan ni berjalan dengan lancar ?
Padahal kitorang dah plan lama dah ...
Kecewa kan kalau kita dah plan macam-macam , lepas tu tarikh pun dah makin dekat , tiba-tiba je ada halangan . Hmmm .

Plan A , Plan B , Plan C , semua macam hampeh haha .
Ara dah tak tahu nak cakap apa lagi .
Kitorang dah plan nak jumpa lepas Ara habis final .
Eyra cakap , dia dah plan macam-macam untuk Ara bila Ara datang rumah dia nanti .
Dia nak buat surprise , nak bawak Ara jalan-jalan kat satu tempat favorite dia dengan seseorang .
Tapi tu lah .. segalanya musnah . Huhu .

Ara pun kecewa jugak .
Tapi Ara redha . Dan Eyra pun mesti redha okay ?
Although I'm not crying , it doesn't mean that I'm not sad .
I'm truly sad ! No one in this world can describe how crazy I can be when I hear you crying .
I hate crying . I hate tears .
So please dear , don't cry anymore , okay ?
Ara tak mampu tenangkan orang yang menangis because I have no strength to do so .
It makes me feel sad . And when I'm sad , I can't stop thinking . When I can't stop thinking , I can't stop crying . That's why I hate that .

Kita hanya merancang , Allah jua yang menentukannya .
Pasrah dan redha atas ketentuan-Nya akan buat hati kita sedikit tenang .
InsyaAllah , kita akan tetap bertemu suatu hari nanti .
Mungkin bukan sekarang sebab Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita .
Sementara tarikh untuk kita bertemu masih menjadi rahsia Allah , kita akan terus berdoa dan berusaha ok ?
Satu perkara Eyra kena ingat , persahabatan ni akan jadi lebih kuat dan matang bila Allah uji kita .

Kenapa Ara cakap macam tu ? Sebab , bila diuji , Allah nak lihat sejauh mana kasih sayang kita mampu mengikat hubungan persahabatan ni . Kalau kita landaskan kasih sayang kita kerana Allah , insyaAllah suatu hari nanti kita akan dapat hikmah disebalik semua ni .